Program Awal Muharram/Maal Hijrah

6 Muharram 1436H/30 Oktober 2014
Ustaz Fikri sedang menyampaikan ceramah.
Para pelajar sedang mendengar ceramah yang disampaikan.






Program Idul Adha



Program ini telah dijalankan pada 13 Zulhijjah 1435H bersamaan 07 Oktober 2014. Para guru sedang melapah daging untuk diagih-agihkan kepada para pelajar yang terpilih.

Program Kem Bestari Solat

Seramai lebih kurang 50 orang pelajar telah mengikuti program ini yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 18 - 19 Dzulkaedah 1435H bersamaan 12 – 13 September 2014 yang dikendalikan oleh penceramah dari luar.




Program Idul Fitri

Para pelajar sedang menikmati juadah hari raya yang di bawa sendiri dari rumah. Kelihatan juga pelajar bukan islam sama-sama mengambil tempat dalam program ini.




Majlis Khatam Al - Quran

Pada tanggal 21 Ramadhan 1435H bersamaan 18 Julai 2014, satu majlis khatam Al - Quran telah diadakan. Para guru beserta para pelajar bersama - sama membaca Al - Quran sehinggalah ke surah 
yang terakhir.



Nuzul Al-Quran


 17 Ramadhan 1435H
14 Julai 2014
Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Rosdi sedang memberikan ceramah tentang Hari Nuzul Al-Quran



Tazkirah Ramadhan (Sepanjang Bulan Ramadhan)

Ustaz Fikri sedang menyampaikan tazkirah selepas solat Zohor

Para pelajar sedang mendengar tazkirah yang disampaikan


Hari Penghakiman Surau

Tuan pengetua bersama para hakim.

Ustazah Habibah memberi penerangan kepada para hakim.


Para Hakim sedang meneliti & membuat penilaian terhadap dokumentasi surau

En Jamaludin sedang menunjukkan cara-cara menggunakan peralatan senaman kepada Ustaz Razali sambil ditemani oleh Ustaz Musaddad

Ustaz Razali sedang melihat-lihat bahan dinding sambil diperhatikan oleh En Jamaludin,Ustaz Musaddad & Ustaz Noh.

Tanggal 25/06/2014 bersamaan 27 Syaaban 1435H, telah datang 4 hakim dari 3 buah sekolah untuk menghakimi Surau Al-Falah SMK Seri Desa. Para hakim yang hadir ialah Ustazah Halijah Jemani (SMK Sg Burong), Ustazah Normala Adnin (SMK Sultan Abdul Aziz Shah), Ustazah Sapura Juaini (SAM Jeram) & Ustaz Razali Misnan (SMK Kuala Selangor). Kerja-kerja penghakiman selesai jam 12.00 tengah hari.

Program Imarah Surau (Tazkirah & Usrah)




Tazkirah diadakan setiap hari Jumaat selepas bacaan Yaasin yang mana tazkirah disampaikan oleh guru. 



Manakala Usrah juga dibuat pada hari Jumaat tetapi ditumpukan kepada pelajar perempuan sesi pagi dan diadakan antara jam 12.00 tengah hari - 1.00 tengah hari.

Program Imarah Surau (Solat Zohor & Asar berjemaah serta Ta'lim)



Setiap hari kecuali Jumaat setelah selesai sesi persekolahan pagi, para pelajar pagi yang beragama islam akan berkumpul di Surau Al-Falah untuk menunaikan solat fardhu Zohor. Muazin akan melaungkan azan dan seterusnya pelajar yang dilantik menjadi imam akan menjalankan tanggungjawabnya mengimami solat fardhu Zohor. Manakala para pelajar sesi petang pula, akan menunaikan solat Zohor pada waktu sebelum rehat dan solat fadhu Asar pada waktu akhir sesi persekolahan.


Setelah selesai solat fadhu, imam akan menyampaikan ta'lim kepada para pelajar.

Sekitar Dalaman Al-Falah

Ruang Imam
Ruang Solat Lelaki
Ruang Solat Perempuan
Jadual Waktu Solat
Rak - Rak Al-Quran & Yaasin
Sudut Informasi

Sekitar Al-Falah

Papan Tanda Surau Al-Falah
Monumen keris yang terdapat di Taman Kenangan
Papan Tanda Peringatan Untuk Semua Warga Islam SMK Seri Desa

Rak Pameran Kelengkapan Pengurusan Jenazah
Ikan berenang bebas yang mampu memberikan ketenangan kepada warga SMK Seri Desa di dalam kolam yang terdapat di Taman Ketenangan

Carta Organisasi Surau Al-Falah

Penasihat
Pn Rohaidah bt Maslan
(Pengetua SMK Seri Desa)

Pengerusi:
En Jamaludin b Aloi
(Guru Penolong Kanan HEM)


Timb. Pengerusi  :
Tn Hj Ishak b Saring
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)


En Rahmat b Mardi
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
 
Pn Hjh Salina bt Suparman
(Guru Penolong Kanan Petang)


Pn Hjh Miss Inon bt Ahmad Damanhuri
(Guru Penolong Kanan Tingkatan 6)


En Abdul Aziz b Saleh
(Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi  :
Pn Habibah bt Ibrahim
(Ketua Bidang Kemanusiaan)

Setiausaha  :  
En.Noh b Bro@Yusop
(Penyelaras Dakwah)


Naib Setiausaha  :
En Ahmad Musaddad b Taifor


Penyelaras :
(Kekosongan)


Pen. Penyelaras  : 
Pn Maznah bt Munam
 
Bendahari  :
Pn Umi Kalsom bt Yasin

Pn Mulaiha bt Musa
 
Ahli Jawatan Kuasa

Tn Hj Sidek b Kasman
(Wakil guru dan PIBG)