Pusat Zakat Mendekati Masyarakat


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

18 - 19 Jun yang lalu, SMK Seri Desa telah didatangi oleh Lembaga Zakat Selangor menggunakan kaunter bergerak.

Kaunter ini dibuka bagi memudahkan urusan para guru serta masyarakat setempat untuk berurusan mengenai zakat.

Semoga usaha murni akan memberi makna kepada asnaf dan pembayar zakat.






Surau Al-Falah Merentasi Sempadan


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat tak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Surau Al-Falah SMK Seri Desa tidak mahu melepaskan peluang untuk terus berdakwah merentasi sempadan.

Biarpun surau kami kecil tetapi semangat kami menggunung tinggi.

Teruskan bersama kami.

Hidup Yang Sudah Tertulis


Assalamualaikum.

Cerita hidup kita telah ditulis dengan cantik. Berimanlah dengan qada' dan qadar. Sengaja Allah menurunkan hujan lebat dihiasi kilat dan petir kerana Allah mahu menghadiahkan pelangi nan indah.


Peraturan Di Surau Al-Falah


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Peraturan merupakan asas kejayaan. Ikutilah peraturan di Surau Al-Falah SMK Seri Desa.

Solat dan Tazkirah Zuhur Berjemaah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat yang tidak bertepi serta selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Setelah bercuti selama seminggu, hari ini (11 Julai 2016) pelajar dan guru SMK Seri Desa kembali bersemangat meneruskan sesi persekolahan.

Solat dan tazkirah zuhur berjemaah antara guru dan pelajar diteruskan seperti biasa di Surau Al-Falah SMK Seri Desa.






Fokus Dan Terus Fokus


Assalamualaikum.

Salam Lebaran.

Sebagai manusia, kesilapan seringkali dilakukan. Sebagai seorang beriman, elakkan untuk melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Segala usaha yang tertangguh, teruskan dengan jaya. Yang penting, FOKUS.

Majlis Akad Nikah Di Surau Al-Falah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Surau Al-Falah menjadi pilihan masyarakat setempat untuk menjalankan pelbagai acara.

Pada 8 Julai 2016 yang lalu, pasangan Puan Hafizah binti Mohamed Ramli dan pasangan Tuan Abdul Rashid bin Abdul Manaf telah memilih Surau Al-Falah untuk menjadi lokasi penyatuan cinta mereka.

Kami warga SMK Seri Desa mendoakan agar cinta yang dibina sentiasa dilimpahi sakinah dan mawaddah buat selamanya.

Barakallahulakuma, wabarik 'alaikma wa jam'a bainakuma fil khair.

Ihya' Ramadan - Solat Zuhur Berjemaah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia tercinta.

Hari ini sudah masuk 8 Ramadan. Semakin hari semakin bersemangat untuk berpuasa. Malah hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan selepas bercuti selama satu minggu.

Program pertama Ihya' Ramadan ialah solat zuhur berjemaah.




Pemenang Peraduan #PendakwahCyberSEMENSA

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada para pelajar yang menyertai pertandingan #PendakwahCyberSEMENSA sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2016.

Di sini saya lampirkan senarai nama pemenang. Tahniah.




Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini sudah masuk hari keempat kita berpuasa. Hari ini saya akan kongsikan Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan seperti yang dikongsi dalam laman web Jabatan Agama Islam Selangor.

Semoga beroleh manfaat.



KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat-solat sunat yang lain
  3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa
  5. Banyakkan membaca tahlil
  6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Puasa Ramadan : Selayang Pandang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki serta selawan dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Syukur kerana kita dipertemukan dengan Syawal 1437 hijrah kali ini.

Hari ini kami kongsikan selayang pandang puasa Ramadan buat pelawat blog Surau Al-Falah SMK Seri Desa.



Selamat berpuasa semua.


Salam Ramadan




Assalamualaikum.

Unit Surau SMK Seri Desa mengucapkan Salam Ramadan buat seluruh pengunjung Blog Surau Al-Falah SMK Seri Desa.

Ramadan Kareem....

Peraduan #PendakwahCyberSEMENSA

Assalamualaikum.

Sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2016, Unit Surau akan menganjurkan Peraduan #Pendakwah CyberSEMENSA.


Terma dan Syarat.

PROGRAM PENDAKWAH CYBER SMK SERI DESA 2016

1. Program ini dianjurkan oleh Unit Surau SMK Seri Desa

2. Pogram ini bermula pada 28 Mei 2016 dan tamat pada 12 Jun 2016 (Sepanjang Cuti Sekolah)

3. Peraduan ini terbuka kepada seluruh pelajar SMK Seri Desa tidak kira bangsa dan agama.

4. Peraduan ini menggunakan medium Facebook dan Instagram SENDIRI sahaja.

5. Setiap penyertaan perlu menggunakan hash tag #PendakwahCyberSemensa

6. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang termampu

CARA-CARA PENYERTAAN.

Peserta perlu menulis sendiri atau copy and paste mana-mana tazkirah ringkas, ceramah agama ringkas, poster agama, video dakwah atau apa sahaja informasi berkaitan agama Islam daripada internet dan postkan sebagai status di Facebook atau Instagram SENDIRI menggunakan hashtag #PendakwahCyberSemensa

PASTIKAN ANDA MENGAMBIL DARIPADA SUMBER YANG SAHIH.

Itu sahaja.

Tulis sendiri atau copy and paste mana-mana tazkirah agama yang ringkas ATAU video ATAU gambar Islamik ATAU apa-apa sahaja berkaitan Islam --> Masukkan dalam Facebook atau Instagram SENDIRI --> Gunakan #PendakwahCyberSEMENSA --> Klik Post ATAU share --> Selesai.

20 Hadiah disediakan buat pemenang bertuah


Semoga berjaya

Ceramah Akhlak Remaja Bersama Bonda Nor dan Web Sutera

Assalamualaikum.

Unit Surau dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Ceramah Akhlak Remaja bersama dua penulis hebat iaitu Bonda Nor dan Web Sutera pada 26 Mei 2016. Program ini berjalan serentak dengan Program Santun Remaja Bukan Islam.

Program ini dianjurkan untuk menanam akhlak dan nilai murni kepada semua pelajar SMK Seri Desa. Program ini dijalankan dalam bentuk Forum yang diterajui oleh Cikgu Abdul Muiez Ruslee.









Santun Remaja Bukan Islam

Assalamualaikum.

Unit Surau dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program Santun Remaja Bukan Islam pada 26 Mei 2016.

Program ini bertujuan untuk membina jati diri dan sahsiah pelajar-pelajar bukan Islam. Program ini disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.







Cakna Syria. Program Kolaboratif Antarabangsa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Unit Surau dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Desa telah mengadakan program Cakna Syria  pada 25 Mei 2016. Program ini bukan sekadar ingin menyuntik rasa kehambaan sesama manusia tetapi ingin menanam nilai-nilai kemanusian yang semakin terhakis.

Program ini disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz daripada MAPIM. Beliau telah berkongsi tentang keadaan dan situasi terkini yang berlaku di Syria.

Para pelajar turut terkesan dengan apa yang berlaku.

Tidak kira bangsa, akhirnya seluruh warga SMK Seri Desa bersatu menderma wang ringgit untuk dihantar ke Syria. Tahniah warha SEMENSA.















Sejambak Cinta Buat Syria - Program Kolaboratif Antarabangsa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Kutipan sumbangan kemanusiaan buat Syria telah melebihi RM 1000. Terima kasih kepada seluruh warga SEMENSA.

Cina, Melayu dan India bersatu demi Syria



Ceramah Akhlak Remaja

Assalamualaikum.

Pada 26 Mei 2016 akan datang, Unit Surau dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan program Ceramah Akhlak Remaja Islam Bersama Bonda Nor dan Web Sutera dan program Santun Remaja Bukan Islam Bersama Pegawai Belia.

Jangan lupa hadir ke sekolah untuk merasai kehebatan program ini.




Cakna Syria

Assalamualaikum.

Unit Surau dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan program Cakna Syria pada 25 Mei 2016.

Kutipan sumbangan kemanusian buat Syria juga akan diadakan bermula 23 hingga 25 Mei 2016.

Ayuh. Kita tunjukkan solidariti kita buat Syria.


Program Bersama Penulis Nazali Noor




Assalamualaikum.

Pada 3 Mei 2016, Unit Surau dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program Motivasi Santai bersama penulis Nazali Noor.

Program ini melibatkan pelajar-pelajar cemerlang daripada tingkatan 3, 5 dan 6. Program ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka pendidikan di UK yang boleh diadaptasi ke dalam pembelajaran di Malaysia.

Malah perkongsian yang menarik juga menarik minat para pelajar untuk menyambung pelajaran hingga ke luar negara.















Berita Program Pengurusan Jenazah Di BH

Assalamualaikum.

Program pengurusan jenazah yang telah dijalankan beberapa minggu lalu akhirnya disiarkan di akhbar BH. Tahniah kepada seluruh warga SEMENSA.