Hari Penghakiman Surau

Tuan pengetua bersama para hakim.

Ustazah Habibah memberi penerangan kepada para hakim.


Para Hakim sedang meneliti & membuat penilaian terhadap dokumentasi surau

En Jamaludin sedang menunjukkan cara-cara menggunakan peralatan senaman kepada Ustaz Razali sambil ditemani oleh Ustaz Musaddad

Ustaz Razali sedang melihat-lihat bahan dinding sambil diperhatikan oleh En Jamaludin,Ustaz Musaddad & Ustaz Noh.

Tanggal 25/06/2014 bersamaan 27 Syaaban 1435H, telah datang 4 hakim dari 3 buah sekolah untuk menghakimi Surau Al-Falah SMK Seri Desa. Para hakim yang hadir ialah Ustazah Halijah Jemani (SMK Sg Burong), Ustazah Normala Adnin (SMK Sultan Abdul Aziz Shah), Ustazah Sapura Juaini (SAM Jeram) & Ustaz Razali Misnan (SMK Kuala Selangor). Kerja-kerja penghakiman selesai jam 12.00 tengah hari.

Program Imarah Surau (Tazkirah & Usrah)




Tazkirah diadakan setiap hari Jumaat selepas bacaan Yaasin yang mana tazkirah disampaikan oleh guru. 



Manakala Usrah juga dibuat pada hari Jumaat tetapi ditumpukan kepada pelajar perempuan sesi pagi dan diadakan antara jam 12.00 tengah hari - 1.00 tengah hari.

Program Imarah Surau (Solat Zohor & Asar berjemaah serta Ta'lim)



Setiap hari kecuali Jumaat setelah selesai sesi persekolahan pagi, para pelajar pagi yang beragama islam akan berkumpul di Surau Al-Falah untuk menunaikan solat fardhu Zohor. Muazin akan melaungkan azan dan seterusnya pelajar yang dilantik menjadi imam akan menjalankan tanggungjawabnya mengimami solat fardhu Zohor. Manakala para pelajar sesi petang pula, akan menunaikan solat Zohor pada waktu sebelum rehat dan solat fadhu Asar pada waktu akhir sesi persekolahan.


Setelah selesai solat fadhu, imam akan menyampaikan ta'lim kepada para pelajar.