Majlis Akad Nikah

Pada tanggal 11 Syaaban 1436H bersamaan 29 Mei 2015, surau al-falah telah menjadi saksi terikatnya dua mempelai secara sah. Majlis tersebut telah diadakan selepas solat jumaat. Ucapan tahniah dari warga SMK Seri Desa kepada pasangan pengantin. "Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan".